Info

Info
testing

Sejarah


S.J.K.(C) Mah Hua, Kampung Selamat, Tasek Gelugor ialah sebuah sekolah bantuan modal yang terletak di kawasan perkampungan. Kebanyakan penduduk terdiri daripada penternak dan pengusaha perusahaan kecil. Penduduk-penduduk terdiri daripada golongan sederhana dan miskin. Taraf pendidikan penduduk-penduduk berada di tahap rendah sahaja.
            Sekolah ini ditubuhkan pada 14.1.1952 dan pada masa itu hanya mempunyai 4 buah bilik darjah berbumbung atap sahaja. Bilangan murid pada masa itu adalah sejumlah 200 orang. Murid-murid belajar dalam dua sesi iaitu sesi pagi terdapat tiga kelas dan sesi petang terdapat dua kelas. Pada ketika itu guru besar dan guru seramai 4 orang sahaja. Setiap murid perlu membayar yuran sebanyak dua ringgit lima puluh sen atau tiga ringgit. Guru besar pada masa itu ialah Encik Voon Tian Kiu.
Bilangan murid semakin ramai.menyebabkan kekurangan bilik darjah. Pihak Jawatankuasa Pembinaan bercadang untuk menambah bilik darjah untuk menampung murid yang kian ramai. Pada tahun 1954 bilik darjah berbumbung atap dirobohkan dan membina lapan buah bilik darjah yang diperbuat daripada zink dan papan. Pada pertengahan tahun 1954, lapan buah bilik darjah telah siap dibina.Demi mempertingkatkan permintaan dan kemajuan tempatan, Dewan Mah Hua dan Perpustakaan Orang Ramai yang diperbuat daripada zink dan papan dibina pada 10.6.1956.
Pada tahun 1983, murid-murid sekolah kian bertambah sehingga 700 orang. Jawatankuasa Pembinaan membina lagi 12 buah bilik darjah untuk menampung murid-murid yang bertambah. Oleh itu, bilangan bilik darjah sekolah adalah sejumlah 20 buah.
Pada bulan Mac 1994, 8 buah bilik darjah bangunan lama yang diperbuat daripada zink dan papan dikategorikan sebagai Bangunan Tidak Selamat kerana telah diancam anai-anai. Demi keselamatan murid-murid sekolah, Jawatankuasa Pembinaan menyeru orang ramai menderma untuk mengutip tabung pembinaan bangunan baru. Jawatankuasa Pembinaan, Jawatankuasa Jemaah Pengurus Sekolah dan Jawatankuasa PIBG sekolah telah bertungkus-lumus untuk mendapatkan kutipan derma daripada orang kampung dan syarikat masyarakat Cina. Pada 1.7.1995, upacara pecah tanah bangunan baru 3 tingkat telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tan Seri Dr. Koh Tzu Koon. Perasmian bangunan baru disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dato’ Dr. Fong Chan Oon pada 24.1.1997.
Dewan sekolah yang dibina pada tahun 1956 telah lama dan menghadapi kerosakan yang teruk. Jawatankuasa Pembinaan, Jawatankuasa Jemaah Pengurus, Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa Persatuan Murid Tua telah memutuskan untuk membina sebuah bangunan serbaguna yang mempunyai dewan, pejabat dan pusat sumber. Pada 28.11.1999, upacara pecah tanah Dewan Serbaguna telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato’Seri Abdullah B. Haji Ahmad Badawi. Pembinaan dewan bermula pada 2.5.2000 dan telah siap pada bulan Februari 2001.
Pembinaan Dewan Serbaguna telah memakan perbelanjaan sejumlah 1.5 juta ringgit. Pihak Jawatankuasa telah mendapat bantuan peruntukan pembinaan sebanyak seratus ribu ringgit daripada Y.A.B. Dato’Seri Abdullah B. Haji Ahmad Badawi. Penderma-penderma tabung pembinaan terdiri daripada orang-orang Kampung Selamat. Hampir setiap keluarga penduduk kampung ini sekurang-kurangnya menderma RM2000 sebagai tabung pembinaan. Penduduk kampung ini menganggap bahawa dewan ini merupakan harta benda kampung mereka. Perasmian Dewan Serbaguna disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah B. Haji Ahmad Badawi selaku Ahli Parlimen Kawasan Kepala Batas pada 13.2.2002 sempena menyambut Tahun Baru Cina 2002 dan Ulang Tahun ke 50
Pada masa kini, S.J.K.(C) Mah Hua mempunyai sejumlah 26 buah bilik darjah termasuk Pusat Sumber, Bilik Audio Visual 1, Bilik Audio Visual 2, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Komputer, Bilik SPBT, Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Jasmani, Bilik Seni dan Bilik muzik. Bilangan murid pada tahun 2009 adalah 463 orang. Jumlah bilangan guru adalah 28 orang, mempunyai 6 orang staf sokongan dan 3 orang Jaga Swasta.